Pics entry: Sg Congkak (ad-hoc) Picnic
Last Sunday, I came out with an ad-hoc and brilliant plan of a short picnic at Sg.Congkak. Managed to pujuk abi then terus invite Maryam & Co & KakNadzah&o to join us.
Ummi bz gila sekarang tak sempat nak buat entry panjang2 so tgk pics aje lah ok.


Ayra made faces. Sejuk! hehe

Abi ajar kutip batu sungai

Excited!!

Ummi senyum, Tasneem makan batu sungai.

Our neighbour, blogger&photo momma

Tasneem: Bibiiiiiiii..... Ayra: *kerut-kerut kening* sejupppp lah!

Suka sungguh dia abi lambung2 and cicah dia dalam air. Lepas tu abi sakit pinggang. eheheh
Pssttt Maryam, thnx for joining us. Next time we do proper plan complete with bbq lunch okies!
The 2 sistas

Ada orang kata muka kami sama. Iye kah??
P/s: Sorry lah makcik, kali ni glamerkan makngah sbb xde gambar dgn makcik lah.
Kerna Abi sayang Tasneem
Sapa yang penah datang umah kami ni mesti akan kata, panas. Iye, rumah kami ni memang panas sikit. Mungkin sebab syiling-nya rendah, maka sistem pengudaraan tak berapa bagus. (??) Mungkin jugak sebab rumah kami ni paling bawah dan betul2 menghadap matahari pagi & petang. So memang bahang lah kan. Dah bukak kipas no 5 pun masih terasa bahangnya.
Tasneem pulak ntah dari mana terkenan tak tahan panas. Nak kata lahir kat obersea tak pun, lahir kat Bangi je ni ha.
Sejak cuaca panas melampau ni, boleh dikatakan saban malam dia akan terjaga dari tido sambil menangis melalak dan menggaru2 kepala, leher dan badan. Episode tangisan tu kadang boleh mencecah sehingga 1-2jam.
Bila dah jadi macam ni, kesan nya ummi yang dapat. Tidur ummi terganggu seterusnya membuatkan ummi menjadi lebih mudah naik angin dan kurang sabar untuk melayan tantrum Tasneem yang menangis tak makan dek pujuk tu. Bila Tasneem kena marah dengan ummi, lagi lah dia meraung kan, penyudahnya suasana kat umah tak ubah macam ada budak kena dera aje. Dengan suara umminya, dengan suara Tasneem melalak lagi.
Dah banyak kali dah ummi mintak abi belikan aircond. In fact, sejak awal kawen lagi ummi dah mintak sampailah dah ada Tasneem ni. Tapi abi tetap dengan alasan aircond tak bagus untuk kesihatan laaaa. Despite many justifications i.e: bukak aircond bukan 24hours, on-kan for about 2hour before sleep, bagi bilik sejuk, then tutuplah. NOT 24hours! But still, tidak berjaya mempengaruhi abi untuk menukar fikiran.
Selain dari alasan tu, sebenarnya ummi pun paham sebab apa abi tak berkenan nak pasang aircond. Kalau bukak kipas volume 3 pun dia dah berbungkus dengan selimut, inikan pula aircond.
Minggu lepas, ummi dan Tasneem duduk seminggu dekat Seremban rumah wan Tasneem. Seminggu tu jugaklah, ummi dapat tidur malam yang berkualiti, tanpa tangisan bingit Tasneem di tengah2 malam. Bila makngah Tasneem balik, kami kena pindah tido bilik belakang yang takde aircond. Seperti dijangka, malam tu Tasneem resah tak nyenyak tidur. Langsung ummi bentang toto dalam bilik Busu and Tasneem tido nyenyak ke pagi. Ummi cerita pada abi, abi cakap Tasneem nak tido dengan Busu. Apakah??
Nak dijadikan cerita, malam pertama (wah macam ape je hehe ) kami pulang ke rumah selepas seminggu di Sban, Tasneem mengaruk dan mengamuk kepanasan.Tak makan dek pujuk. Ummi mandikan dia pun x jalan. Kipas manual by-hand pun tak jalan. Masih menangis kepanasan. Tasneem dah mengaruk sampai ke tahap guling2 atas lantai. Tetiba, dia diam.
Oh rupanya, dia berhenti nangis pasal dia rasa lantai tu sejuk. Terus sambung tido. Kesian sungguh tengok dia masa tu. Ummi cuba nak angkat dia ke atas katil tapi dia protes, tak mahu. Ummi kata kat abi, abang tengoklah anak abang tu. Abi Tasneem diam aje.
Besok tengahari, ummi dapat sms dari abi bagitau yang dia x balik lunch sebab nak keluar beli aircond. Ummi terkejut badak!! Hah, beli aircond??? Yeyyyyy!!!! Akhirnyaaaaaaaaaa……

Malam tadi, Pukul 9.15pm Tasneem dah mintak susu. Bila bagi susu terus menuju ke bilik and terus naik katil, baring and ready nak tido. Menjelang pukul 9.35pm, dia dah setel. Tido. Tasneem bangun jugak tengah malam, beralih dari katil dia ke katil kami, ummi perasan dia main2 sendiri dalam gelap tu tapi paling penting, dia tak menangis.Ntah pukul berapa dia tertidur sendiri. Alhamdulillah pagi tadi ummi bangun rasa fresh. Hopefully no more tantrum kepanasan di tengah2 malam lepas ni. It seems like the timing is just nice (eventho ummi rasa kalau beli awal dulu lagi bagus) sebabnya sekarangkan dah kecoh fenomena panas El Nino yang sedang melanda negara kita, dijangka sehingga Sept nnt. Fuhh tak dpt bayangkan kami kalau xde aircond tu, setiap malam Tasneem melalak kepanasan. Boleh miung kami ni agaknya.
Kerna Abi sayang Tasneem, sanggup abi korbankan pendirian “No to aircond” yang selama ni, ummi pun tak berjaya nak ubah. Demi anak, berbungkus selimut 2-3 helai pun sanggup.
Tengkiu Abi, tengkiu so much. We love you infinity XoXo

