BF
November 27, 2007 — lovelyummiSemalam ada kawan bagitau yang adik ipar dia dah selamat bersalin. Dia cerita; adik ipar dia tu senang bersalin, bangun pagi masa urinate, urine keluar bercampur darah, terus ke hospital dah terbuka 7cm, 2x push baby pun keluar. Mungkin sebab anak dia kecil 2.5kg. Tapi kesian kat adik ipar dia, lepas bersalin susu xde, pengalaman jaga anak pun xde, bila anak dia menangis kelaparan, dia bagi air masak. Kesian kat dua beranak tu. Takde siapa (staff nurse/bidan/aid-nurse) datang beri tunjuk ajar camana nak buat. By the time kawan saya tu dtg melawat adik ipar dia, baby baru tu dah selamat minum air masak 2-3 oz.
Bila dengar cerita macam tu, rasa takut, rasa nerves, rasa phobia pun ada. Bukan rasa mcm2 tu takut nak bersalin, tapi takut tak dpat nak breastfeed anak bila lepas lahir. Kalau ditakdirkan susu saya pun x mahu keluar lepas deliver, bila anak menangis nak bagi ape? Air masak??? Susu formula?? Semua benda2 tu sebenarnya dah kena blacklist oleh saya. Abis tu, takkan nak biar baby menangis aje kan… sampai ke hati kita tengok anak kita kelaparan?
So pagi tadi saya telah men’surf’ internet dan melayari forum susuibu.com utk mendapatkan tips2 dan nasihat dari mereka yang lebih berpengalaman dalam hal breastfeeding ni.
Memang niat saya untuk exclusive bf baby for the 1st 6 months. Hari2 lepas solat saya tak tinggal doa supaya saya berupaya utk menyusukan anak sebaik sahaja dia dilahirkan. Saya mahu anak saya nanti menerima air susu saya sebagai makanan pertama dia di muka bumi ini. Bukan air masak, bukan susu formula. Di kala waktu yang masih berbaki ni, saya cuba amalkan self-massage setiap kali ketika mandi dengan harapan semoga air susu saya akan keluar sebaik sahaja anak saya dilahirkan kelak.
Doakan saya ya.
