Decision

Saya belum bersalin lagi. Masih di sini. Masih bekerja. Seperti biasa.

Appointment dengan doktor pagi tadi, baby dah mencecah 3.5kg di usia 39++ minggu.

Tapi berat saya turun kepada 74.7kg, turun 800g. Jadik lah. haha.

Air ketuban masih ok, uri semakin banyak dot-dot putih di screen yang bermaksud ia semakin matang. Bila doktor tanya pergerakan baby, saya jawab “baby still aktif, cuma x seaktif dulu..”  hahaha, ape punye jawapan lah tu. Sungguh, saya tak rekod pun pergerakan baby dalam 1 hari;  yang mana sepatutnya saya buat sebaik sahaja masuk ke minggu ke 38. Baru hari ni sibuk mencatat dlm jadual yang doktor beri.

Jumaat lepas, terasa contraction setiap 30mins dari pukul 6petang hingga ke saat saya mahu tido, kira2 11malam. Tak tahu nak buat apa, telefon sahabat baik saya di Melaka utk bertanya pendapat. Dia kata, tunggu malam ini macam mana, kalau sakit makin kerap pagi2 esok terus ke hospital. Inform hubby setiap kali ada contraction sambil air mata bergenang2 (saya pun x tahu kenapa terasa nak menangis hahaha), saya kata pada dia jika saya tidak boleh tido malam ni, pagi sesudah subuh kita pulang ke Bangi (kami di Kuala Selangor ketika itu, tanpa kad mengandung, terlupa yang perlu bawa setiap masa sekarang ini). Hubby nampak sedikit risau, terus juga masuk tido bersama saya walaupun selalu dia suka tido lewat. Namun saya tido nyenyak sampai ke pagi. Tiada gangguan contraction.

Sekarang, contraction ada every now and then. Tidak regular. Pendek kata, belum ada tanda2 besar nak bersalin lagi lah. Sungguh, anak ummi ni masih suka suasana dalam perut ummi. Sebelum ini, saya selalu kata pada baby; bila lah anak ummi ni nak keluar jumpa abi, ummi, atuk, wan, nenek, wan2 sedara, atuk2 sedara, makciks & pakciks yang dah tak sabar nak jumpa baby. Kemudian hubby akan tegur buat apa suruh baby keluar awal, biarlah dia kat dalam perut lagi.

Tapi minggu ini, hubby pula yang tanya bila baby nak keluar. Saya kata, abang tanya lah sendiri, saya dah tanya baby tapi dia diam je.. ;)

Pernah berdiskusi dengan hubby tentang option INDUCE labor. Kerana mmg saya sedia maklum, jika baby tidak keluar juga menjelang 1Jan2008, saya tetap akan kena proses induce labor sebab 1. dah terlebih hari, di takuti baby akan menjadi lebih besar yang mana risiko untuk C-Sec akan lebih tinggi.  2. kekurangan air ketuban yang boleh membawa kepada fetal stressed and can cause the fetus to swallow its own stool. And that is very dangerous for the baby.

Tadi kami tanya option itu pada doktor. Kata doktor, sekarang saya dikira fit untuk proses induce. Kandungan sudah mencecah 39++ minggu, uri dah matang, berat baby pun sesuai kalau dia dilahirkan sekarang. Doktor cakap kami boleh induce bila2 masa sahaja sekarang, mahu besok pun boleh.Datang saja ke wad tingkat 2, infrom kaunter yang mahu induce. InsyAllah selamat, katanya.

Cuma sekarang, kami yang kena buat keputusan. Sebahagian dari saya mahu induce minggu ini kerana saya risau jika kami delay untuk tunggu EDD, risiko untuk C-Sec akan menjadi lebih tinggi disebabkan fizikal baby. Seboleh-bolehnya, saya tak mahu C-Sec. Tapi sebahagian lagi kata, tunggu lah dulu sampai Selasa depan (1Jan) . Manalah tahu baby boleh keluar sendiri tak perlu kena paksa. Perihal orang kata sakit induce lebih dari natural proses, saya pilih untuk berfikir; memang menjadi lumrah sakit untuk bersalin ni, induce atau tidak. Ada juga orang suggest, lebih baik ambil epidural jika induce, saya memilih untuk berfikir; itu terpulang kepada individu tersebut. Tidak termaktub dalam buku yang semua orang mesti ambil epidural jika kena induce. Ya bukan?

Hubby kata, cuba tanya emak apa katanya. Jadi saya telefon emak tadi. Emak kata takda salahnya kalau nak induce, yang penting baby dan saya selamat. Kemudian saya cerita dengan emak perihal contraction di Kuala Selangor, emak kata itu dah start lah tanda sakit2 tu, cuba tunggu sampai hari Sabtu ni. Manalah tahu 2-3 hari ni…

Saya harap kata2 emak tu betul. Sempat saya pesan dengan emak doakan saya dapat bersalin normal tanpa induce. Kerana saya ingin mempunyai pengalaman terjaga ditengah2 malam, air ketuban pecah, kejut hubby dan bergegas ke hospital. Ala-ala macam dalam drama tu.. sungguh ironik kan??

Tengoklah, balik nanti kena bincang habis-habisan dengan hubby.

Posted in 3rd trimester, hope.

27 Responses to “Decision”

  1. anoy Says:

    hye nannoor. take care ya

  2. suryati Says:

    baru jer last monday i watched at channel 733 - Birth Day on Induce issue. If kat US it seems like mcm normal thing plak, tp mcm scary lar plak. But mcm mak awk cakap, maybe wait till this weekend kot esp all the tanda edi start showing kan? lepas tuh kan bout ur “dream/wish” yg mcm drama tuh, hehehehe i oso hv the same wish jugak….. esp after all settle we can review blk wit hubby esp toward his action..panic ker…cool down ker…..anyway take care ek?

  3. nannoor Says:

    dilla: thanx beb! doakan aku n baby okey

  4. nannoor Says:

    yati: act kat mesia pun induce labor dah jadi mcm trend. i’m quite surprise to know 1 medical doc induced all her children. tapi itulah, kita ni konon2 nak ada ala2 babak drama gitu. huhuhu

  5. c's noori Says:

    ala nannoor, tgu aje sampai this Sat..dulu akak pun hampir di induce, tp alhamdulillah baby keluar a day before kena induce. Doa banyak2 supaya baby keluar naturally..contraction pun dah kerap kan..so insya-Allah tak lama lagi la tu. Good luck!

  6. Ina Says:

    Takpe dah tak lama dah kalau nak tggu pun kan. Mana tau esok lusa ke kan. Kalau I la nak induce, mau boleh peninggg nak tetapkan due date aje. I use to think, only 1 day beza dh bleh lmbt msk skolah 1 tahun. Tp sbnrnya sama aje kan msk skolah thn bila2 pun. Hehe cerewet la I ni :P

  7. nannoor Says:

    kak noori: agaknye baby akak pun serun kot nak kene induce..hehehe. ni tgh tunggu lah ni, harap2nye baby saya nak kuar sendiri x yah kene paksa.

    ina: thats what happened when hubby & i discussed yesterday. pening pala nak pilih tarikh mana. kene pk untuk baby’s future, kalau lahir thn ni, dia lost almost 12 months of developmenet compared with others, kalau lahir 1jan dia jadik yang paling tua among the others and rugi setahun, padahal beza 1 hari je kan…huhuhu. baby belum keluar kami dah pening pala nak buat decision. kekeke

  8. ska Says:

    kak nannoor.. good luck!!

  9. anoy Says:

    insyaAllah…i will
    (aku pun nervous jgk baca entry nih ngalahkan tuan nyer badan je..hehehe)

  10. nurul husni Says:

    Hi nannoor

    Ingat lagi husni smap labu… dah lame tgk blog nannoor nie.. nak tau pengalaman this mom-to-be nie.. skrg tgh pregnant 6 bulan… first baby.. syarina pun baru selamat deliver baby girl 25 Dis 07 hari tue… kat hospital serdang.. husni doakan nannoor selamat lahirkan baby…

  11. tuty Says:

    hi nannor.. just wait sampai EDD pun takpe i think if your placenta masih ok. i was induced sbb placenta dah matang and air ketuban dah kurang. so, i terlepas la babak2 drama nak pergi hospital tu. we happily went to hospital knowing tht i will go straight to labor room.

  12. KakAju Says:

    Sebelum akak tulis comment ni akak dpt berita Farah dah pun di induce sebanyak 4x, tapi bukaan masih belum besar.. Kami sungguh risau. Then dpt pula berita yg Farah akan ceaser jam 8 mlm nati. We’ll pray for you.. semoga Farah dan baby selamat..

  13. suryati Says:

    Kami sekeluarga pun doakan Nannor & baby selamat, Amin… Sebenarnya saya tgu dgn berdebar update di blog ini. Thx KakAju for the update, anything update lagi yer.

  14. Intan Says:

    Nannoor, semoga semua selamat dan berjalan lancar!

  15. nannoor's sister Says:

    Alhamdullillah nannoor selamat melahirkan baby girl last nite 31/12 @ 9.31 pm through C-Sect. After induced for 3 times, she was still x dilated, so the last option was to operate. Baby is healthy and ummi is recovering… nama sudah pun diberi but i leave it to her ummi to announce officially. and for your guys info.. chomel sungguh anak buah ku ituh!! :D

  16. Ina Says:

    Finally dpt juga berita baru even though drpd comment aje. Congrats! Hopefully umminya n the baby girl sihat. Tak sabar nak tau nama n tgk gmbr baby itew :)

  17. anoy Says:

    congrats nannoor…finally…. :D

  18. ska Says:

    wuhu… last day in 2007 tuh! hehe.. congrats kak nannoor n hubby!!

  19. nurul husni Says:

    Alhamdulillah….

  20. suryati Says:

    Alhamdullilah…congrats to both nannor & MHG for the baby girl…wah sama lar besday dia with my mum, my husband’s boss n my fren punya son…mesti senang i nak ingat ni nanti. Tak sabar nak tengok ummi & baby pic :)

  21. siku|at Says:

    congrate nannoor.. tak sabar nak tgk muke si comel.. .

  22. Faryna Says:

    Alhamdulillah. Congrats Nannoor. X sabar tunggu update neh. :D Few hours before new year je kan.

    Well, December IS the month of bliss for you.

  23. ida Says:

    congrats gak nannoor…alhamdulillah

  24. Anisa Says:

    Salam Nannoor…congrats on the arrival of your baby girl! Harap2 mum and baby sihat walafiat. Welcome to the motherhood club and have fun. Selamat berpantang.

  25. napish Says:

    congrattss! akhirnye :)

  26. KakAju Says:

    maklong dah beli hadiah utk dia.. weeee~

  27. lovelyummi Says:

    BIG THANX to everybody who wishes!!!

Leave a Reply