Saya belum bersalin lagi. Masih di sini. Masih bekerja. Seperti biasa.
Appointment dengan doktor pagi tadi, baby dah mencecah 3.5kg di usia 39++ minggu.
Tapi berat saya turun kepada 74.7kg, turun 800g. Jadik lah. haha.
Air ketuban masih ok, uri semakin banyak dot-dot putih di screen yang bermaksud ia semakin matang. Bila doktor tanya pergerakan baby, saya jawab “baby still aktif, cuma x seaktif dulu..” hahaha, ape punye jawapan lah tu. Sungguh, saya tak rekod pun pergerakan baby dalam 1 hari; yang mana sepatutnya saya buat sebaik sahaja masuk ke minggu ke 38. Baru hari ni sibuk mencatat dlm jadual yang doktor beri.
Jumaat lepas, terasa contraction setiap 30mins dari pukul 6petang hingga ke saat saya mahu tido, kira2 11malam. Tak tahu nak buat apa, telefon sahabat baik saya di Melaka utk bertanya pendapat. Dia kata, tunggu malam ini macam mana, kalau sakit makin kerap pagi2 esok terus ke hospital. Inform hubby setiap kali ada contraction sambil air mata bergenang2 (saya pun x tahu kenapa terasa nak menangis hahaha), saya kata pada dia jika saya tidak boleh tido malam ni, pagi sesudah subuh kita pulang ke Bangi (kami di Kuala Selangor ketika itu, tanpa kad mengandung, terlupa yang perlu bawa setiap masa sekarang ini). Hubby nampak sedikit risau, terus juga masuk tido bersama saya walaupun selalu dia suka tido lewat. Namun saya tido nyenyak sampai ke pagi. Tiada gangguan contraction.
Sekarang, contraction ada every now and then. Tidak regular. Pendek kata, belum ada tanda2 besar nak bersalin lagi lah. Sungguh, anak ummi ni masih suka suasana dalam perut ummi. Sebelum ini, saya selalu kata pada baby; bila lah anak ummi ni nak keluar jumpa abi, ummi, atuk, wan, nenek, wan2 sedara, atuk2 sedara, makciks & pakciks yang dah tak sabar nak jumpa baby. Kemudian hubby akan tegur buat apa suruh baby keluar awal, biarlah dia kat dalam perut lagi.
Tapi minggu ini, hubby pula yang tanya bila baby nak keluar. Saya kata, abang tanya lah sendiri, saya dah tanya baby tapi dia diam je..
Pernah berdiskusi dengan hubby tentang option INDUCE labor. Kerana mmg saya sedia maklum, jika baby tidak keluar juga menjelang 1Jan2008, saya tetap akan kena proses induce labor sebab 1. dah terlebih hari, di takuti baby akan menjadi lebih besar yang mana risiko untuk C-Sec akan lebih tinggi. 2. kekurangan air ketuban yang boleh membawa kepada fetal stressed and can cause the fetus to swallow its own stool. And that is very dangerous for the baby.
Tadi kami tanya option itu pada doktor. Kata doktor, sekarang saya dikira fit untuk proses induce. Kandungan sudah mencecah 39++ minggu, uri dah matang, berat baby pun sesuai kalau dia dilahirkan sekarang. Doktor cakap kami boleh induce bila2 masa sahaja sekarang, mahu besok pun boleh.Datang saja ke wad tingkat 2, infrom kaunter yang mahu induce. InsyAllah selamat, katanya.
Cuma sekarang, kami yang kena buat keputusan. Sebahagian dari saya mahu induce minggu ini kerana saya risau jika kami delay untuk tunggu EDD, risiko untuk C-Sec akan menjadi lebih tinggi disebabkan fizikal baby. Seboleh-bolehnya, saya tak mahu C-Sec. Tapi sebahagian lagi kata, tunggu lah dulu sampai Selasa depan (1Jan) . Manalah tahu baby boleh keluar sendiri tak perlu kena paksa. Perihal orang kata sakit induce lebih dari natural proses, saya pilih untuk berfikir; memang menjadi lumrah sakit untuk bersalin ni, induce atau tidak. Ada juga orang suggest, lebih baik ambil epidural jika induce, saya memilih untuk berfikir; itu terpulang kepada individu tersebut. Tidak termaktub dalam buku yang semua orang mesti ambil epidural jika kena induce. Ya bukan?
Hubby kata, cuba tanya emak apa katanya. Jadi saya telefon emak tadi. Emak kata takda salahnya kalau nak induce, yang penting baby dan saya selamat. Kemudian saya cerita dengan emak perihal contraction di Kuala Selangor, emak kata itu dah start lah tanda sakit2 tu, cuba tunggu sampai hari Sabtu ni. Manalah tahu 2-3 hari ni…
Saya harap kata2 emak tu betul. Sempat saya pesan dengan emak doakan saya dapat bersalin normal tanpa induce. Kerana saya ingin mempunyai pengalaman terjaga ditengah2 malam, air ketuban pecah, kejut hubby dan bergegas ke hospital. Ala-ala macam dalam drama tu.. sungguh ironik kan??
Tengoklah, balik nanti kena bincang habis-habisan dengan hubby.


